Wednesday, November 25, 2009

Rude (nurse) Driver...

Lama da tak update blog... Hari ni nak menulis dalam blog sebab tengah bengang... Hmph!!

Okay, balik dari jaga exam tadi, aku drive la macam biasa... nak keluar dari simpang la ni.. simpang 3.. tapi banyak pulak kereta lalu... dari kiri banyak, dari kanan pun banyak... kalau dari kiri clear, dari kanan pulak tak clear dan sebaliknya lah..so, agak lama lah masa aku amik untuk keluar dari simpang tu.. time aku dah ready nak keluar dari simpang tu, tetiba ada seorang minah bangang kat kereta belakang aku ni keluar dari queue dan drive ke sebelah aku sambil buat muka marah.. sebab aku lambat sangat la keluar simpang.. cilakak betul.. punya la biadap dan tak sabarnya minah ni... Wooohhhh. ini sudah melampau.. tanpa teragak2 lagi aku terus je drive kereta aku keluar simpang cepat2 dan potong minah ni.. ohh.. agak membahaya la di situ.. tapi ader aku kisah?? kalau eksiden pon, siapa salah?? dia la salah... yang bangang tak bertempat tu kenapa??? bila aku dah keluar simpang tu, tengok kat cermin, minah kat belakang aku ni bawak kete punya la slow... hello, apa motif lu minah?? gua ingat lu nak rempit sangat sampai berani potong Q... heee..... bodo je kan...

Haaa... yang bestnya, minah ni pakai baju nurse... NURSE okay... nurse yang sepatutnya kena selalu bersabar tu la... huh!! bukan aku nak prejudis kat nurse ke ape... tapi biasa lakan.. sebab nla setitik, rosak susu sebelanga.. Kalau pun nak tunjuk samseng kat jalan raya, sila lah jangan pakai baju uniform anda, sebab anda akan memalukan pemakai uniform tu jugak... Hmm.. selalu aku pesan dgn students, "kalau kamu nak wat hal xelok luar sekolah, itu hal kamu...kamu sendiri boleh pikir tapi tolong jangan pakai baju yang ada lambang sekolah..."

Heeeeeeeeeeeee..... menyampah dengan minah tu!!

Sunday, November 8, 2009

Mode sibuk

Halo... Bulan November ni adalah bulan sibuk untuk aku.. Hmm.. sibuk ke?? sibuk la sikit...

Balik je dari kursus induksi 29 hb hari tu, 30 - 31 Okt ikut lawatan asrama ke Kelantan & Terengganu.. 4 & 5 Nov ada persiapan hari Kualiti & Penyampaian Anugerah kat sekolah aku ni.. Di mana aku in charge persiapan dewan.. 6 hb Hari Q... 7hb Sabtu, ada kenduri pulak kat umah sempena pemergian pakcik2 dan kazen aku menunaikan haji.. Hari ni, 8hb ada perkampungan ilmu subjek matematik untuk students form 5.. Esok, petang ada hari anugerah pelajar KAA peringkat Negeri Sembilan.. sekolah aku jadi tuan rumah .. eh?? tapi sok cuti ke tak?? Hmm.. malam besok pulak ada Malam Bakat Pelajar Asrama.. Selasa, 10hb ada lawatan sivik siri II yang aku organize tu.. Khamis ada jamuan akhir tahun asrama.. 14 hb nak pegi Genting pulak.. Ada lawatan, kira macam hadiah untuk pemenang anugerah HEM time hari Q aritu dan juga ketua biro HEM.. g genting la kan.. FOC ni.. pergi je la...Minggu depan nya, 17 hb ada dinner kelab staff kat Seri Menanti.. dan 18 hb... Bermula lah SPM... tak pasti lagi ni dapat jaga SPM ke tak...tapi yang pasti aku kena jaga budak form 5 kat asrama.. huhuhuhu...

Eh, jap... Besok tarikh last untuk key in markah final.. huhuhu... masa untuk menyambung kerja!!

Wednesday, October 21, 2009

damainya rasa... hahaha...

Minggu lepas, tengok movie bersama Encik B sebanyak 4 kali... Huu... addict ke apa tah... mari menonton wayang.. ehem.. nak review, tak berapa pandai la... tapi aku cuba bagi bintang eh... kalo u ol rasa malas nak tengok, boleh la bertanya jalan cerita.. hehehe... bankrap la pembikin filem ni kang...

3.5 bintang...

2 bintang...
3.5 bintang...3.5 bintang...

Sekian, review dari saya... lalala..

Hari ni hari keempat kursus induksi aku.. Alhamdulillah, Aku dah dapat membiasakan diri dengan keadaan sekeliling.. Besok sepatutnya lapang, tapi dah diganti & dibawak ke depan menyebabkan dah tak free dah... Besok ingat nak pegi servis kereta... Terlebih KM sudah... 100+ plak tu... Risau je... Nampaknya hantar g Perodua sabtu ni la... sabtu ni habis slot pukul 5, singgah perodua tampin jap.. ahad free... jadi boleh lah balik kampung.. serius sangat merindui mak aku... Eh? esok aku kena jadi emcee la... slot jumaat dah postphone ke hari esok... alaa... cakap je la kan ... dorang kata, "cikgu kalau dah dapat mic, banyak la ceritanya...hlianglah gabranya" betul ke statement tu? nampak macam betul je... kalau Pengucapan Awam (PA) 5 minit jadi 15 minit?? hm... betul la tu kot.... tapi aku nye 5 minit lebih je tau...

Tadi ada slot pasal kewangan... Ada sesuatu yang menggembirakan aku dan aku rasa perlu diperjuangkan bila aku balik ke sekolah nanti... hm... nantikan saje la... dan doakan juge...

Okay lah, u ols... Sila doakan aku hidup dengan baik kat sini... Dan doakan jugak berat badan aku tak naik melampau2... sebab... hari2 makan 5 kali... breakfast, minum pagi(lepas slot 1), lunch, dinner, minum malam... tak pernah gagal.. Setiap kali lunch ada 6, 7 jenis lauk... kalau tak rasa semua, nanti kempunan... makan free babe... huhuhuhu.... kursus = makan^3+study+stido^2...

Malam ni tadek slot, tapi kejab lagi ade diskusi kumpulan... tapi sekarang mengantuk, macam mana? tido kuasa dua kan???

?????

Eh?jap... kenapa aku rasa macam aku dipulaukan ni???

Sunday, October 18, 2009

School Tour part 1

I am at Malacca now.. facing my induction course, err... wuhhuuu... this first 5days seem to be okay (termasuk weekend la kan.. means, baru 3 hari kursus nye..) until my name had been called to be one of the emcee for one of the slots... Hampeh betul... Main sebut je la kan nama aku.. Asal nama paling pendek and antara yang terawal je, mula la kaann... Redha je laa... Pengucapan Awam on Tuesday, emcee on Friday.. Can I handle it? Fuuu... butterflies already playing in my stomach...

Okay lah.. ni nak cerita pasal lawatan sivik yang aku handle last week. 13 Oktober 2009, Selasa.. Students 41 orang, cikgu 4 orang termasuk aku.. Destinasi, Shah Alam & KL..Ini bas Ah Loo.. Bukan bas sekolah tapi bas persiaran.. Cantik & selesa.. Servis sangat memuaskan, okay.. Driver (Ah Loo) sgt la ramah dan boleh deal dengan baik.. Aku boleh bagi no contact kalau mau..

Destinasi 1 : Les Copaque Production Sdn Bhd

Ni syarikat bumiputera yang telah menghasilkan siri animasi Upin & Ipin.. best suasana kerja diorang ni.. semua pekerja pun muda2 gitu.. Tapi terkilan jugak sebab maskot Upin&Ipin takde.. hehehe.. macam budak2... Time ni yang aku bengang sekali bila pekerja LCP ye2 la menerangkan macam mana diorang buat kerja... tapiii.. sepatah haram pun budak2 ni tak bertanya.. Padahal dah pesan dah siapkan soalan... Last2 cikgu2 jugak yang bertanya... Ish ish ish... Apa pun, kepada kakitangan LCP, Terima kasih banyak2 di atas kerjasama yang diberikan.. Selamat berjaya..



Destinasi 2 : Planetarium Nasional

Rugi jugak ni sebab Planetarium sedang direnovate... Tempatnya sangat menarik.. Exhibition pun so far, bagus untuk student... Tapi tulah, tak banyak boleh explore sebab tengah renovate kan..



Destinasi 3 : Muzium Polis

Okay... ini memang takde dalam perancangan pun... tapi disebabkan Planetarium Nasional tak banyak yang boleh ditengokkan, dan memandangkan jugak muzium polis ni dah dekat dengan Planetarium, jadinya.. singgah la di sini.. Sangat seronok tengok pameran sejarah2 pasukan polis ni.. Especially pameran senjata api tu.. tapi sayang, tak dibenarkan ambik gambar dalam muzium ni... Huhuhu... ni muzium polis babe, kena la patuh arahannya... hehehe...



Destinasi 4 : Muzium Kesenian Islam

Ni pun sama macam Muzium Polis... tak dirancang pun.. tapi disebabkan sebelah je, kitorang pun pegi la... Memang tatau pun yang ada jalan short cut nak turun ke Muzium Kesenian islam ni... Kitorang siap menapak la turun bukit ramai2... Haru betul laa... dah penat jalan jauh2, baru la ada budak form 1 ni cakap, "cikgu, ada jalan short cut tadi dari Muzium Polis nak ke muzium kesenian Islam ni... igtkan nak pegi tempat lain tadi..saya pun senyap je la.." Saba je la aku kan...

Muzium Kesenian Islam ni sangat la besar dan exhibition pun menarik... Paling menarik perhatian aku adalah kesenian kubah terbalik tu.. tapi tak ambik pun gambar.. Tak dibenarkan amik gambar dalam muzium ni...

Muzium ni sangat luas dan sangat banyak bahan pameran.. Aku nye kaki memang dah sakit jln jejauh sebelum tu.. dalam muzium ni, sekejab2 jalan kaki ayam.. penat woo.. tapi best...
[lenkali upload gambar... blogger tengah ada problem..]


Destinasi 5 : Jaya Jusco Seremban 2

Hmm.. kena cerita ke apa yang ada? tak payah la... hehehe.. ni kira acara kemuncak lawatan la... iaitu 'aktiviti bebas di mana korang boleh jalan2 sendiri tanpa cikgu pantau tapi pukul 9 mesti ada dalam bas & sila jaga diri kamu baik2'... Ahhh... simple la ni...
[gambar? sila google.. malas nak layan..]

So far, tempat2 yang kami lawati ni sangat lah sesuai untuk pelajar sekolah... senang je nak anjurkan lawatan macam ni... Yang penting, ikut prosedur...

P/S : punya la susah aku nak menyiapkan entry ni... disebabkan beberapa masalah teknikal, aku update sekaligus je la...Pengucapan Awam Induksi, done!! Tajuk yang aku tukar pada saat2 akhir yang telah menyebabkan aku tak cukup tidur ialah LANGKAH2 PENCEGAHAN BARAH PAYU DARA... kunun2 tajuk sensasi la kan.. tapi memang pun.. yang peliknya, semua orang boleh diam & dengar apa aku cakap... malu ah!! haahaha.. lantak la.. janji aku dah lepas satu beban... Next, kena siapkan tugasan berkumpulan... tajuk PKPA, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam, whatthefish... huuuu.... Jumat, jadi emcee... heh, kacang!! k.u.n.u.n laaa.... mak!!! rindu...... sob~~~~